KUALA LUMPUR: Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion berbanding pembelian ekuiti domestik bernilai RM430.7 juta pada minggu sebelumnya, kata MIDF Research.
Jumlah tersebut adalah yang tertinggi sejak Februari 2018, menurut Laporan Aliran Dana mingguan terbaharunya pada Isnin.
Firma penyelidikan itu berkata ini adalah pembelian bersih minggu kelapan berturut-turut oleh institusi tempatan dan dari segi hari, mereka telah membeli selama 11 hari dagangan secara berturut-turut.
Bagaimanapun, seperti kebanyakan rakannya di Asia, Bursa Malaysia merekodkan jualan bersih besar-besaran minggu lepas, berjumlah RM1.59 bilion, aliran keluar bersih mingguan tertinggi dalam tempoh empat tahun, iaitu ketika negara memasuki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.
Ini merupakan minggu kelapan berturut-turut jualan bersih di Malaysia oleh pelabur asing.
"Mereka menjual setiap hari pada minggu lepas dan menjadi penjual bersih ekuiti Malaysia selama sembilan hari dagangan berturut-turut.
"Satu-satunya sektor dengan aliran masuk asing bersih minggu lepas ialah telekomunikasi dan media (RM9.3 juta), manakala tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM425.8 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM308. 9 juta), serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM206.3 juta)," katanya.
MIDF Research berkata pelabur asing menjadi lebih berhati-hati di tengah-tengah konflik geopolitik yang semakin meningkat, selain bimbang kadar faedah di AS akan kekal lebih tinggi untuk lebih lama.
Bagi peruncit tempatan, mereka juga kekal sebagai penjual bersih untuk minggu keenam berturut-turut, dengan jualan bersih bernilai RM195.8 juta.
Mereka membuat pembelian sebanyak RM59.5 juta pada Isnin tetapi bertukar kepada penjual bersih untuk sepanjang minggu.
Dari segi penyertaan, jumlah dagangan harian purata (ADTV) menyaksikan peningkatan secara menyeluruh, diterajui oleh institusi-institusi tempatan (30.2 peratus), diikuti oleh pelabur asing dan peruncit tempatan masing-masing pada 28.4 peratus dan 19.5 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Ini adalah pembelian bersih minggu kelapan berturut-turut oleh institusi tempatan dan dari segi hari, mereka telah membeli selama 11 hari dagangan secara berturut-turut. - Foto Bernama
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.